Selepas hampir sedekad, Stranger Things kembali dengan musim terakhir yang penuh ketegangan. Vecna kembali, dan Hawkins sekali lagi menjadi pusat ancaman gelap.
Sembilan tahun selepas musim pertamanya mencetuskan fenomena budaya global, siri ikonik Stranger Things kini bersedia untuk kembali di Netflix. Siri ini, yang telah membentuk sebahagian besar landskap hiburan era moden, akan melancarkan musim kelima dan terakhirnya pada 26 November 2025. Peminat lama dan baru kini menantikan penamat epik kepada kisah penuh misteri, kuasa luar biasa, dan persahabatan yang luar biasa.

Adakah Musim 5 ialah terakhir?
Dari segi Eleven, rakan-rakannya di Hawkins, dan dunia Upside Down, Stranger Things Musim 5 akan menjadi bab terakhir dalam kisah ini namun itu tidak bermakna ia adalah siri terakhir Netflix yang berlatarbelakangkan dunia Stranger Things.
Ketika mengumumkan penamatan siri popular Netflix ini, Duffer Brothers memberi bayangan tentang kemungkinan wujudnya siri spin-off: “Masih banyak lagi kisah menarik untuk diceritakan dalam dunia Stranger Things. Misteri baharu, pengembaraan baharu, wira-wira baharu yang tidak dijangka.”
Mereka turut menambah, “Kami belum menceritakan idea itu kepada sesiapa pun, apatah lagi menulisnya. Kami rasa semua orang termasuk Netflix akan terkejut apabila mendengar konsepnya, kerana ia sangat, sangat berbeza. Entah bagaimana, Finn Wolfhard berjaya meneka dengan tepat tentang apa yang akan diceritakan. Tetapi selain Finn, tiada siapa yang tahu!”
Tajuk Setiap Episod Musim 5
- “The Crawl”
- “The Vanishing Of”
- “The Turnbow Trap”
- “Sorcerer”
- “Shock Jock”
- “Escape From Camazotz
- “The Bridge”
- “The Rightside Up”

Akan ada watak baharu dalam Stranger Things Musim 5?
Musim 5 bakal menyaksikan kemunculan pelakon baharu iaitu Nell Fisher, Jake Connelly, dan Alex Breaux yang akan menyertai barisan pelakon Stranger Things.

Adakah watak Sadie Sink, Max, mati dalam Stranger Things Musim 4?
Nasib Max Mayfield masih belum pasti, namun Sadie Sink mendedahkan dalam temu bual terkini bersama Variety bahawa dia akan kembali dalam satu bentuk atau cara pada Musim 5.
Musim 5 akan ditayangkan dalam tiga bahagian berasingan dengan jarak beberapa minggu antara setiap bahagian.
Menurut jadual rasmi Netflix:
-
Episod 1 hingga 4 akan dilancarkan pada 26 November 2025, jam 8:00 malam EST (pagi 27 November waktu Malaysia).
-
Episod 5 hingga 7 pula dijadualkan keluar pada malam Krismas, iaitu 25 Disember 2025, juga pada jam 8:00 malam EST.
-
Episod akhir musim ini, yang bakal menjadi penutup besar-besaran kepada siri Stranger Things, akan menerima tayangan khas pada malam Tahun Baru, iaitu 31 Disember 2025.
Adakah mereka mampu menamatkan perjuangan ini? Adakah pengorbanan mereka cukup untuk menyelamatkan dunia? Semua persoalan ini akan terjawab dalam musim terakhir yang dijangka menjadi penutup paling epik dalam sejarah Stranger Things.
Baca:
Dari Taylor Swift ke Kendrick Lamar, Ini Setiap Lagu Dalam Siri Netflix ‘Too Much’