1. Ikon Fesyen.
Abby Choi ialah seorang influencer trendsetter yang suka menggayakan dirinya dalam busana berjenama dari rumah fesyen mewah seperti Dior, Gucci, Chanel dan Valentino. Walaupun dia lebih cenderung kepada estetika pemakaian yang cantik dan feminin, Abby tidak takut untuk bereksperimen dengan tekstur dan siluet yang berbeza seperti yang dilihat pada akaun Instagramnya, yang telah memperoleh lebih 100K pengikut dari seluruh dunia.
Abby juga telah dipaparkan dalam penerbitan majalah antarabangsa seperti Vogue, Elle, dan Harper’s Bazaar. Baru-baru ini, Abby dipaparkan pada muka depan majalah L’Officiel Monaco keluaran Februari, di mana dia digelar sebagai salah seorang pempengaruh yang paling dicari dalam industri.