1. Melibatkan Diri Dalam Dunia Masakan Sejak Kecil
Amaury menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanaknya di wilayah Haute-Savoie di Perancis. Pada usia 14 tahun, dia nekad meninggalkan sekolah kurikulum biasa kerana berasakan ia tidak serasi dengan jiwanya yang memasuki sekolah vokasional. Dia mempelajari kemahiran memasak selama dua tahun di Thanon-les-Bains sebelum memberi fokus pada minat sebenarnya iaitu pastri di Geneva, Switzerland selama dua tahun. Usai tamat perantisan, dia kembali ke Paris dan mengambil kurikulum pastri lajutan juga selama dua tahun di Maison Lenotre.