4. Belajar Dan Mengajar Dalam Masa Sama
Sentiasa berasa ingin tahu, berfikir di luar kotak dan tampil dengan idea luar biasa, Amaury sememangnya dilahirkan untuk menjadi seorang artis. Dia telah menjelajah dan menurunkan ilmunya menerusi pelbagai kelas anjurannya di lebih 20 tempat di seluruh dunia. Dia juga menubuhkan The Pastry Academy dan terus bekerja sebagai perunding dan tenaga pengajar. ‘Artikek’ coklat itu juga menerbitkan sebuah buku berjudul The Art Of Flavor pada 2018 yang menampilkan hasil kerja seni khas, rahsia dan teknik terbaik, resipi serta panduan lengkap.