Filem terbaru Netflix, Love and Leashes yang diterajui Lee Jun Young mencuri perhatian peminat K-Drama sejak ditayangkan pada 11 Februari lalu.
Ia berkisar tentang seorang lelaki bernama Jung Ji Hoo (lakonan Lee Jun Young) yang meminati seks dominasi dan submisif sebelum rahsianya diketahui rakan sekerja secara tidak sengaja.
Ini merupakan peranan besar buat bintang berusia 25 tahun itu apabila digandingkan buat kali pertama dengan artis senior, Seohyun daripada kumpulan Girls’ Generation yang pernah menerajui pelbagai siri hebat antaranya Private Lives dan Hello Dracula.
Kenali pelakon dan penyanyi berbakat besar ini dengan lebih lanjut.