Memenangi Rancangan Idola Dan Membuat Kemunculan Semula Sebagai Anggota UNB
Demi menampilkan imej terbaru, dia menyertai The Unit: Idol Rebooting Project pada 2017. Rancangan realiti ini menyaksikan 63 artis lelaki bertanding untuk menjadi ahli kumpulan K-Pop baru. Lee Jun Young meraih tempat pertama dengan undian tertinggi sekali gus direkrut menjadi ahli kumpulan UNB. Mereka membuat penampilan pertama pada 2018 menerusi album Boyhood namun kumpulan itu dibubarkan setahun kemudian selepas kontrak tamat.