Pewaris takhta Denmark, Putera Felix merupakan kerabat Diraja terkini yang menceburi dunia peragaan.
Baru berusia 19 tahun, Felix ditawarkan peluang untuk membintangi kempen terbaharu jenama barang kemas mewah, Georg Jensen rekaan Jacqueline Rabun baru-baru ini.
Namun dia bukan satu-satunya ahli keluarga Diraja Denmark yang memulakan langkah untuk mencapai impian bergelar model. Abangnya, Nikolai yang kini berusia 22 tahun turut membuat keputusan sama ketika berusia 19 tahun pada 2018.
Ketahui lebih lanjut mengenai dua model Diraja yang kacak ini.