…Untuk Memilih Haluan Sendiri: Pentas Peragaan
Sebelum menyertai Sekolah Sarjan Ketenteraan, Nikolai telah menunjukkan minatnya dalam kerjaya peragaan apabila berjalan di pertunjukan Burberry pada Minggu Fesyen London 2018. Dia juga menandatangani kontrak bersama agensi peragaan pertama Cara Delevingne, Scoop Models.
Model itu dengan pantas ditawarkan peluang besar untuk pertunjukan koleksi pakaian lelaki pertama Kim Jones buat Dior sebelum berjalan di pertunjukan koleksi Pra-Musim Luruh 2019 dan Musim Luruh/Sejuk 2020 jenama itu. Dia juga muncul di kulit majalah Vogue Scandinavia untuk edisi Februari-Mac 2022.
Walau mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang peragaan, Nikolai mempunyai cita-cita yang berbeza. Dia kini menyambung pengajian di Sekolah Perniagaan Copenhagen, mengikut jejak langkah ibunya yang juga mendapat pendidikan tinggi dalam bidang perniagaan.
“Saya tidak mahu kerjaya sebagai model. Saya lebih suka melihatnya sebagai pekerjaan yang membantu dan memberi pengalaman kepada saya,” katanya. Felix pula baru sahaja menjalin kerjasama dengan jenama Georg Jensen untuk koleksi rantai, anting-anting dan cincin terbaharu, Reflect.