Mendapat Sokongan Padu Daripada Keluarga
Kedua-dua putera tidak menerima sebarang elaun Diraja justeru mereka diberi kebebasan untuk mengejar peluang baharu di luar tugasan Diraja. Jelas Nikolai, ibu bapanya menyokong seratus peratus apabila mengetahui keputusannya untuk bergelar model.
“Tiada siapa menentang. Saya diberi kebebasan untuk menentukan haluan sendiri. Jika saya mendapat tawaran kerja dalam mana-mana industri atau memulakan kelas di universiti, saya akan berkongsi cerita dengan seluruh keluarga,” katanya.
Putera Joachim turut memastikan kebebasan anak-anaknya tidak disekat. “Kehidupan Nikolai mesti berjalan seperti yang diinginkannya. Saya mahu membantunya dalam cara tersendiri dan cuba memberi inspirasi kepadanya.”
Foto: Scoop Models/Georg Jensen
Baca: Pekerjaan Pertama Putera Harry Sejak Meninggalkan Istana Buckingham