1. Mempunyai Pengalaman Dalam Bidang Lakonan
Anda mungkin tidak mengenalinya tetapi Park Solomon bukanlah asing di layar perak. Pelakon berusia 22 tahun itu membuat kemunculan pertama pada 2014 dalam dua K-Drama, Bride Of The Century dan 4 Legendary Witches. Selepas membintangi beberapa siri lain, dia berjaya mencuri perhatian peminat menerusi watak Ji Hoon dalam Sweet Revenge (2017) di samping Kim Hyang Gi dan Ji Gun Woo. Dia juga muncul dalam bahagian akhir trilogi Horror Stories 3 yang ditayangkan pada 2016.