Nama Wi Ha Joon mula meniti bibir peminat K-Drama sejak Squid Game ditayangkan pada 17 September lalu.
Peranan Ha Joon sebagai pegawai polis bernama Hwang Jun Ho mencuri tumpuan, terutama raut wajahnya yang kacak dan keperibadiannya yang cukup berkarisma.
Siri sembilan episod itu berkisar tentang penyertaan 456 orang dalam satu permainan misteri yang melibatkan nyawa iaitu Squid Game demi merebut wang kemenangan berjumlah 45.6 bilion won (RM163.33 juta).
Sambil menunggu pengumuman Squid Game musim kedua, EH! kongsikan lima fakta menarik mengenai pelakon ini.