Siapakah isteri baharu Kanye West, Bianca Censori yang dikhabarkan mirip Kim Kardashian? Semuanya tentang 5 fakta menarik Bianca Censori!
Isteri baharu Kanye West, Bianca Censori bukanlah orang biasa. Dia dikhabarkan mempunyai profil yang tinggi dan selama ini rupanya dia sudah lama berada di sisi Kanye. Baru-baru kecoh berita tentang Kanye berkahwin dengan pereka seni bina Yeezy, Bianca Censori dalam satu majlis tertutup.
Berita Hollywood menyatakan pasangan itu nampaknya belum mempunyai sijil perkahwinan yang rasmi dan West baru-baru ini dilihat memakai cincin perkahwinan semasa keluar di Beverly Hills. Kedua-dua mereka mula mencetuskan khabar angin pada awal Januari lalu apabila mereka dirakam sedang makan bersama di Waldorf Astoria.
Pada Disember 2022, West mengeluarkan lagu baharu bertajuk “Censori Overload,” yang nampaknya merujuk kepada nama keluarga pereka. Bukan kemain dilamun cinta ya, jom kenali 5 fakta menarik tentang Bianca Censori: