2. Minat fesyen yang mendalam
Satu perkara yang nampaknya West dan Censori mempunyai persamaan ialah kedua mereka cintakan fesyen. Semasa di kolej, Censori pernah memulakan syarikat perhiasannya sendiri, Nylons. Melalui video temu bual lama dengan i-D pada 2016, dia menjelaskan bahawa dia mencipta jenama itu secara tidak sengaja. “Saya mula menjualnya dan dari situ ia perlahan-lahan terus berkembang. Walaupun saya menyambung pelajaran seni bina (pelajar), saya masih mahu melakukan sesuatu hobi yang kreatif jadi saya terus menjadikan barang kemas sebagai hobi samping dan bercita besar untuk ia berkembang menjadi perniagaan berjaya!”