1. Munafik
Sebanyak 5 percalonan diboloti Nabila saat filem Munafik, yang juga Box Office dengan kutipan RM 19.04 juta gegarkan panggung wayang pada tahun 2016.
Filem seram keagamaan arahan Syamsul Yusof yang mengisahkan Ustaz Adam, seorang perawat Islam yang kehilangan kepercayaan diri setelah kematian isterinya. Hidupnya berubah apabila diminta merawat seorang wanita bernama Maria yang diganggu oleh entiti misteri. Ketika merawat Maria, Ustaz Adam terperangkap dalam konflik spiritual yang jauh lebih besar dan menyeramkan, berkait rapat dengan rahsia masa lalu dan kejahatan yang tersembunyi.
Nabila Huda membawakan watak Maria, seorang wanita yang kerasukan dan menyimpan trauma serta rahsia besar dalam dirinya. Wataknya sangat mencabar, memerlukan kekuatan fizikal dan emosi, termasuk adegan kerasukan yang intens dan penuh penghayatan.
- Lakonan luar biasanya dalam Munafik menerima pengiktirafan meluas, dengan pencalonan dan kemenangan di lima anugerah utama, antaranya:
- Festival Filem Malaysia ke-28 – Menang Pelakon Wanita Terbaik
- Majlis Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur – Menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
- Anugerah Skrin 2016 – Calon Pelakon Wanita Terbaik (Filem)
- Anugerah MeleTOP Era 2017 – Tercalon Bintang Filem MeleTOP
- Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 – Menang Gandingan Serasi Filem (bersama Syamsul Yusof)