2. Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Percalonan terbanyak seawal debut filem lakonan, iaitu Festival Filem Malaysia ke-22 dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik, dan Anugerah Skrin 2009 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik (Filem).
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ialah sebuah filem drama remaja arahan Syamsul Yusof yang memaparkan realiti gelap kehidupan remaja jalanan, terjebak dalam gejala sosial seperti seks bebas, lumba haram dan dadah. Nabila melakonkan watak utama sebagai Amy, seorang gadis yang terjebak dalam kehidupan bohsia akibat konflik keluarga dan pengaruh rakan sebaya. Wataknya penuh dengan pergolakan emosi, dari keras dan memberontak, kepada insaf dan ingin berubah.