5. Tombiruo: Penunggu Rimba
“Tombiruo: Penunggu Rimba” ialah sebuah filem aksi-fantasi yang diadaptasi daripada novel Ramlee Awang Murshid, mengisahkan tentang Ejim, seorang lelaki misteri bertopeng yang tinggal di rimba dan memiliki kuasa luar biasa. Dilahirkan dengan wajah yang tidak normal, Ejim dibuang sejak bayi dan dijaga oleh penjaga rimba. Namun, apabila tragedi menimpa keluarganya, Ejim bangkit menuntut keadilan dan membongkar rahsia silam yang mengaitkan dirinya dengan dunia luar.
Dalam filem ini, Nabila Huda memegang watak Wan Suraya, seorang wartawan yang berani dan berjiwa besar. Suraya bukan sahaja menjadi penyambung cerita dalam pencarian kebenaran, malah memainkan peranan penting dalam membongkar konspirasi besar yang melibatkan syarikat korporat dan misteri Ejim. Watak ini menampilkan sisi serius dan intelektual Nabila Huda sebagai pelakon, selain memperlihatkan keberaniannya dalam babak-babak aksi dan dramatik.
Atas mutu lakonan yang mantap dalam filem ini, Nabila Huda telah tercalon dalam Anugerah MeleTOP Era 2018, bagi kategori Bintang Filem MeleTOP.
Baca: 6 Filem Terbaik Arahan & Lakonan Syamsul Yusof