Ario Bayu, pelakon Indonesia yang menebarkan pesona lakonannya dalam dunia seni ini semakin bersinar seiring dengan bakat dan dedikasinya dalam industri hiburan. Seiring drama popular Gadis Kretek di Netflix kini, Ario membuktikan kebolehannya melalui pelbagai genre lakonan yang beragam, dari filem hingga serial television.
Industri perfileman Indonesia semakin berkembang pesat dengan kemunculan bakat-bakat muda yang mampu mengukir nama mereka di dunia hiburan. Salah satu pelakon yang berhasil mencuri perhatian dan meraih perhatian luas adalah Ario Bayu. Lahir pada 6 Februari 1985, Ario Bayu bukan hanya seorang aktor, tetapi juga seorang produser yang telah memberikan sumbangan besar bagi perfileman Indonesia.
Lakonan terbaharunya dalam drama 6 episode Gadis Gretek Netlfix, membuatkan peminat ingin tahu tentang dirinya lebih lagi. Kemampuannya dalam menghayati peranan yang dimainkannya, tidak hanya memukau penonton malah membuatnya menjadi salah satu pelakon yang dicari oleh banyak sutradara dan produser di Indonesia mahupun antarabangsa.
Apapun EH! kongsikan lima filem terbaik Ario Bayu yang memperoleh skor tertinggi daripada Rotten Tomatoes:
1. “Soekarno” (2013)
Dalam filem ini, Ario Bayu memainkan peranan watak sebagai Dr. Soekarno, Presiden pertama Indonesia. Kemampuan lakonannya berhasil menghidupkan kembali sosok Bung Karno dengan begitu memukau dan berhasil membawa penonton merasakan kebesaran dan perjuangan tokoh tersebut.
2. “Java Heat” (2013)
“Java Heat” merupakan film aksi-thriller yang menampilkan Ario Bayu bersama aktor antarabangsa, Kellan Lutz. Dalam film ini, Ario Bayu berjaya menunjukkan kemampuan lakonannya dalam genre yang berbeza, membuktikan bahawa ia mampu menghadapi lakonan aksi mahupun romantik.
3. “Sultan Agung Mataram 1628” (2018)
Sultan Agung Mataram 1628, lakonan Ario Bayu, meneroka dunia kepahlawanan dan kepemimpinan dibawah arahan Sultan Agung dalam menghadapi Belanda. Ario Bayu memukau penonton dengan persembahan dramatiknya, menggambarkan kehebatan Sultan Agung melindungi kerajaannya dari penjajah. Dengan kebijaksanaan dan keberanian, Ario Bayu menjadikan watak ini bersemangat, mencipta kisah sejarah yang memukau tentang perjuangan melawan penindasan asing.
4. “Ada Apa Dengan Cinta 2” (2016)
Ada Apa dengan Cinta? 2 ialah sebuah filem Indonesia arahan Riri Riza dan ini merupakan sekuel kepada filem Ada Apa Dengan Cinta? tahun 2002. Ditayangkan serentak di tiga negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Brunei, lakonan Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra membawakan semula peranan mereka sebagai Cinta dan Rangga. Kisah cinta yang mendalam melibatkan Ario Bayu, memberikan sentuhan emosional yang luar biasa. Lakonannya memikat penonton dengan peranan yang penuh kehangatan dan kejujuran, menggambarkan kompleksitasi hubungan manusia. Filem ini tidak hanya sekadar sekuel, tetapi juga perjalanan mencari erti cinta sejati.
5. “Buffalo Boys” (2018)
“Buffalo Boys” adalah filem yang mengangkat kisah dua saudara yang kembali ke tanah kelahiran mereka untuk membalas dendam. Ario Bayu tampil sebagai salah satu watak utama, memainkan peranannya sebagai imej seorang lelaki gagah dan lantang bersuara yang membuatnya menjadi daya tarik utama dalam filem ini.
Baca: Fenomena Gadis Kretek: Ini 5 Fakta Menarik Tentang Siri Netflix Terbaharu