5. Enchanted (2007)
Penilaian Rotten Tomatoes: 93%
Sinopsis: Ketika Puteri Giselle (Amy) terjatuh dari dunia ajaib Andalasia ke kota Manhattan yang sibuk, dia bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar sebelum bertemu peguam sinis bernama Robert (Patrick Dempsey).
Menerusi karakter ini, daya tarikan Amy yang bertenaga dan mempesona menarik perhatian para pengkritik.
“Membawakan sosok ala Cinderella dalam filem Disney Enchanted, Amy Adams menyebarkan kegembiraan dengan jayanya. Filem ini menyeronokkan, namun yang paling mempesonakan adalah Amy,” ulas Joe Morgenstern dalam The Wall Street Journal.