1. Catch Me If You Can (2002)
Penilaian Rotten Tomatoes: 96%
Sinopsis: Berdasarkan kisah benar, Catch Me If You Can menceritakan secara terperinci kehidupan Frank Abagnale Jr. (Leonardo DiCaprio), seorang penipu yang menyamar menjadi juruterbang, doktor dan peguam selama bertahun-tahun sambil melarikan diri daripada FBI.
Amy memegang watak sampingan sebagai Brenda, jururawat muda yang menaruh perasaan terhadap Frank. Dengan jalan cerita menarik dan barisan pelakon berkarisma, ia mendapat pujian dari seluruh pelosok dunia.
“Steven Spielberg berjaya menemui kembali keseronokan hidupnya dengan filem penipu yang penuh jenaka ini,” ulas Nev Pierce kepada BBC.
Foto: Google
Baca: 6 Filem Terburuk Yang Dibintangi Oleh Pemenang Golden Globes