Senarai ‘filem terburuk sepanjang masa’ adalah sesuatu yang sangat subjektif dalam industri seni.
Bagaimanapun tidak dinafikan terdapat banyak naskah yang ‘diiktiraf’ secara global sebagai filem terburuk atas sebab-sebab tertentu. Antaranya kerana tidak mempunyai daya tarikan, jalan cerita membosankan atau mengandungi unsur lawak tidak menjadi. Ironinya, filem-filem ini juga ‘berguna’ kerana memberi peringatan kepada penerbit tentang filem apa yang tidak patut dihasilkan.