Anugerah Grammy kembali lagi dan EH! bariskan lima gaya karpet merah selebriti yang paling memukau pada malam tersebut.
1.Dua Lipa
Dua Lipa mengambil semula inspirasi dalam persalinan Alexander Wang ini. Rambut dan mekapnya juga digayakan dengan zaman yang sama. So cool!
2. Lizzo
Ini adalah debut pertama Lizzo di anugerah Grammy dan ia tidak mengecewakan. Dia kelihatan seperti Snow Queen dalam persalinan serba putih daripada Atelier Versace ini.
3. Gwen Stefani
Has she ever age?! Gwen tampak fresh dan muda dalam persalinan daripada Dolce & Gabbana ini. Istimewanya gaun ini, ia disulam dengan shells yang diambil sendiri oleh teman lelakinya, Blake Shelton. Aww…
4. Billie Eilish
Billie tak pernah gagal untuk membawa gaya peribadinya di karpet merah. Dia tampak sangat cool dalam persalinan suit daripada Gucci ini.
5. Ariana Grande
Antara gaun yang paling mencuri perhatian di karpet merah Grammy tahun ini. Ariana kelihatan sangat menawan dalam persalinan Giamabattista Valli ini.
Foto: Getty images