Kalau sebut nama selebriti atau usahawan terkenal Malaysia, mesti ramai yang dah kenal. Tapi tahu tak, ada anak-anak mereka yang kini mula mencipta nama sendiri?
Gen Z anak selebriti dan anak usahawan ini bukan sekadar mewarisi rupa paras atau populariti, tapi juga semangat untuk berjaya.
Ada yang dah mula berniaga, ada yang aktif di media sosial, malah ada yang gabungkan kedua-duanya.
Tahun 2025 nampaknya jadi tahun besar untuk lima anak muda ini, masing-masing dengan gaya, bakat dan aura tersendiri. Pendek kata, mereka bukan sekadar “anak kepada” tapi individu yang sedang membina legasi sendiri.