1. Cik B & Kacak
Anak kepada jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Cik B (Nur Edlynn Zamileen) dan adiknya Kacak (Ameeq Zikri) memang sudah terbiasa hidup di bawah perhatian ramai.
Walaupun dibesarkan dalam keluarga penuh kemewahan, Cik B memilih untuk menonjolkan sisi kreatifnya dari menghasilkan lagu rap hingga menceburi bidang perniagaan makanan. Kacak pula semakin membesar sebagai remaja yang yakin, mula aktif di media sosial dan tidak kekok berdepan kamera.
2. Ammar Ahyan & Cess
Anak kepada usahawan dan personaliti media sensasi, Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida, pasangan adik-beradik Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra (lebih mesra dikenali sebagai Cess) kian mendapat perhatian warganet di sosial media dan kini mempunyai peminat sendiri.
Ammar Ahyan memulakan perjalanan usahawan apabila diajak oleh bapanya, Dato’ Seri Aliff Syukri mempromosi Serbuk Arang Gigi D’Herbs dan kini meningkat remaja, mula menunjukkan minat mendalam skop usahawan. Manakala Cess pula terkenal dengan gaya comel dan personalitinya yang selamba di media sosial, serta kepetahannya berbicara dan tidak mudah melatah.
3. Odah
Anak kepada pelakon, penyampai radio dan personaliti TV terkenal, Sharifah Shahirah, Audra Zulkifli atau lebih mesra dipanggil Odah, sering mencuri perhatian di media sosial.
Terbaharu, Odah bakal membuat penampilan debut selebriti pertamanya melalui siri “Talk to My Manager”, di mana ibu bapa selebriti menjadi mentor kepada anak mereka, membimbing setiap langkah persembahan, keputusan dan perkembangan diri. Mewarisi bakat seni daripada ibunya, Odah semakin berani mencuba pelbagai bidang, dari pengacaraan hingga mencipta kandungan digital yang dekat di hati Gen Z
4. Thalita
Puteri bongsu kepada pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu serta arwah penyanyi tersayang Siti Sarah, Thalita sememangnya memiliki aura istimewa. Walaupun masih kecil, kemunculannya sering mencuri perhatian kerana wajah comel, personalitinya yang manja dan bakat semula jadi dalam menyanyi jelas mewarisi suara merdu arwah ibunya.
Tahun 2025 mungkin menjadi pentas awal untuk melihat dia mengembangkan bakat nyanyiannya. Fly high Thalita!
5. Kasih Iris Leona
Anak kepada pelakon dan usahawan terkenal Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona sudah lama menjadi nama hangat di media sosial. Dengan gaya fesyen yang berani, keyakinan tinggi di depan kamera dan personaliti yang bersahaja, Leona mewakili semangat Gen Z yang autentik.