Antara sekolah impian untuk para Idol K-Pop, Hanlim Arts School terkenal sebagai institusi seni berprestij di Korea Selatan yang telah melahirkan ramai bintang berbakat dalam industri hiburan.
Sekolah ini menjadi pilihan ramai trainee dan idol K-Pop kerana kurikulumnya yang menumpukan kepada seni persembahan seperti muzik, tarian dan lakonan.
Menariknya, bukan sedikit idol terkenal yang merupakan alumni sekolah ini.
Menyanyi, berlakon dan menjadi pelajar sepenuh masa? Wow, ini 5 idol K-Pop yang merupakan lepasan Hanlim Arts School, membuktikan bahawa bakat dan disiplin yang diasah di sekolah ini mampu membawa mereka ke pentas antarabangsa.

Leeseo daripada IVE
Di sebalik jadual yang padat, Leeseo daripada IVE berjaya menamatkan pengajiannya di Hanlim.

Han Yujin daripada ZEROBASEONE (ZB1)
Han Yujin daripada ZEROBASEONE yang lahir pada tahun 2007 juga merupakan salah seorang graduan Hanlim pada tahun ini.

Kyungmin daripada TWS
Kelulusan maknae TWS, Kyungmin, daripada jurusan Practical Music disambut dengan sejambak bunga.

Ryu Sarang daripada izna
Sebagai salah seorang penari izna, Ryu Sarang secara rasmi menamatkan pengajiannya dalam jurusan Practical Dance.

HyeRin, ChaeWon dan SooMin daripada tripleS
Tiga anggota tripleS iaitu Soomin, Chaewon dan Hyerin secara rasmi telah menamatkan pengajian mereka di Hanlim.
