2. Regina King
Untuk kategori Pengarah Terbaik, cukup mengejutkan apabila pihak Akademi gagal mencalonkan pemenang Oscar, Regina King. Pengarahan filem “One Night in Miami’ adalah merupakan debut pertamanya di belakang kamera selaku pengarah. Dia telah menerima nominasi untuk Anugerah Golden Globes bulan lalu. Walau bagaimanapun, dua wanita telah dicalonkan untuk kategori ini iaitu Chloe Zhao (Nomadland) dan Emerald Fennel (Promising Young Woman). Ini adalah pertama kali dua pengarah wanita tercalon di Oscar.