Pembikinan siri epik penuh magis, ‘Shadow and Bone’ menyajikan pelbagai fakta menarik dan kisah di balik tabir yang mungkin ramai tidak tahu lagi.
Siri hangat baharu, ‘Shadow and Bone’ kini sudah boleh disaksikan melalui laman pentriman gergasi, Netflix. Dan sudah pasti buat peminat siri ini, anda mahukan lagi kisah-kisah menarik mengenai Grisha, Crows, Ben Barnes dan watak kegemaran ramai, Milo the goat!

Berikut adalah 5 fakta menarik kisah di balik tabir yang mungkin anda tidak tahu mengenai siri ‘Shadow and Bone’:
1. Kemunculan istimewa Leigh Bardugo, penulis siri buka Grishaverse yang menjadi inspirasi kepada siri ‘Shadow and Bone’.

Dalam episode ketiga, Leigh Bardugo yang merupakan penulis siri buku Grishaverse yang menjadi inspirasi kepada siri ini telah membuat kemunculan istimewa. Dia yang mengenakan kefta ungu adalah yang pertama memeluk Alina selepas dia mempersembahkan kuasa Sun Summoner miliknya kepada Raja dan Permaisuri Ravka. Jangan lupa untuk mencarinya nanti!
Baca lebih lanjut: 4 K-Drama Baharu Yang Pasti Buat Anda Teruja Mei Ini