Bukan hanya K-POP, kumpulan rock korea atau lebih senang ‘K-Band’ ini penuh dengan karisma dan lagu-lagu yang boleh buat kita meremang kerana mereka sangatlah berbakat.
EH! senaraikan K-Band yang masih underrated, yakin bakal jadi kegemaran ramai. Kalau bosan dengan formula sama, mungkin ini masanya untuk dengar sesuatu yang lebih raw dan berani.
XDINARY HEROES

Kalau minat K-POP, mesti ramai tahu JYP Entertainment, antara top three syarikat dalam industri hiburan di Korea Selatan. Kumpulan ini ditubuhkan di bawah JYPE pada tahun 2021, Disember 6 dan terdiri daripada enam ahli, masing-masing dengan peranan unik: seorang drummer, bassist, synthesizer, keyboardist, lead guitarist, dan rhythm guitarist.
Disebabkan nama kumpulan yang agak panjang, peminat atau lebih dikenali sebagai VILLAINS memanggil band ini sebagai ekdijeu. Dengan tenaga “ROCK” mereka yang sangat kuat tetapi tidak bingit, keunikan muzik mereka tidak dapat dinafikan sangat catchy dan trendy.
Rekomendasi lagu – Night Before The End
DRAGON PONY

Baru sahaja debut pada tahun 2024, kumpulan ini sudah membuktikan kualiti muzik mereka sangat tinggi. Terdiri daripada empat ahli kumpulan dan lagu-lagu yang boleh memberi motivasi kepada semua yang lelah dengan kehidupan. Walaupun mempunyai empat ahli, cuma seorang sahaja vokalis dan yang lain memainkan instrumen seperti drum, bass dan juga gitar elektrik. Nama kumpulan mereka tidak mempunyai maksud yang mendalam, cuma hanya mewakili tanda zodiak Cina mereka tahun naga dan juga tahun kuda.
Rekomendasi lagu – Morse Code
Can’t Be Blue

Seperti Dragon Pony, Can’t Be Blue juga debut pada tahun yang sama. Nama kumpulan mereka, Can’t Be Blue mencerminkan keinginan mereka untuk mencipta muzik yang, walaupun berpotensi melankolik dalam bunyi, bertujuan untuk mengelakkan “depressed” atau “blue“. Dengan lima ahli dalam kumpulan, gabungan idea dan karakter berbeza menjadikan setiap lagu terasa beremosi dan cukup kuat untuk meninggalkan impak kepada pendengar.
Rekomendasi lagu – Should Be You
Past Self

Past Self ialah kumpulan k-goth dari Las Vegas, Nevada yang dianggotai oleh Sung (vokal/gitar), æther (keyboard) dan Spektor (bass), tampil dengan gabungan darkwave, post-punk dan bunyi ethereal yang membina suasana gelap serta emosional. Mengambil inspirasi visual daripada estetika visual kei dan dipengaruhi band seperti The Cure, Asylum Party serta Cocteau Twins, mereka turut menggabungkan lirik bahasa Korea dan Inggeris untuk membentuk identiti tersendiri yang mereka gelarkan sebagai “k-goth” menjadikkannya lebih unik, dramatik dan penuh karakter.
Rekomendasi lagu – Nogseun Kal (Remastered 2025)
Silica Gel

Silica Gel ialah kumpulan indie-rock dari Korea Selatan yang terkenal kerana gaya muzik mereka yang sentiasa mencabar batas sejak EP pertama mereka Five Perspectives of a Zero Gravity Deer Ingested Again pada 2015, diikuti oleh album self-titled pada Oktober 2016. Nama “Silica Gel” diambil daripada paket kecil penyerap lembapan, mencerminkan sifat spontan dan pendekatan luar kotak mereka dalam berkarya. Terkenal dengan gabungan psychedelic, art rock dan noise pop menjadikan pengalaman audio yang unik, diperkukuh pula dengan visual pentas yang imersif dan artistik.
Rekomendasi lagu – NO PAIN
