Anda sedang mencari lagu terbaru untuk layan ketika driving? Check these new cool songs!
1. You Should Be Sad – Halsey
Setiap lagu yang ada di dalam album terbaru Halsey semuanya ons. Lagu ini adalah tentang bagaimana anda berada dalam situasi ingin meluahkan sesuatu yang sudah lama terpendam dan move on!
2. People You Know – Selena Gomez
Album terbaru Selena ini sangat memberi semangat kepada pendengarnya. Lagu ini menceritakan tentang bagaimana seseorang yang anda pernah rapat tetapi telah menjadi stranger. Ia akan membuatkan anda mengingati orang yang pernah datang dan pergi dari hidup.
3. Boss B*tch – Doja Cat
Mahukan sesuatu yang benar-benar mampu menaikkan semangat anda? Dengar saja lagu ini. Ia juga adalah soundtrack untuk filem superhero wanita, Birds of Prey.
4. Know Your Worth – Khalid
Anda pernah ditinggalkan kekasih dan rasakan anda adalah puncanya? Don’t be! Lagu daripada Khalid ini pasti akan mengingatkan nilai diri anda yang sebenarnya.
5. Intentions – Justin Bieber
Justin kembali dengan album terbaru! Lagu ini akan membuatkan anda menghargai orang di luar sana dengan niat yang baik. Ya, mereka masih wujud ya…