5. Ubai dan Shila Amzah.
Umum mengetahui, penyanyi Shila Amzah baru sahaja selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Ubai pada 5 Ogos lalu. Sebelum itu, Shila juga turut berkongsi momen di mana Ubai meraikan Shila dengan sebuah makan malam berkonsepkan ‘Candle Light Dinner’ di salah sebuah taman tema air dan kejutan kain rentang dari atas jambatan gantung yang tertera perkataan “Will you marry me Sha?”. Kejutan tersebut ternyata memberi kegembiraan kepada pelantun lagu Patah Seribu itu apabila jelas tergambar kebahagiaan pada raut wajahnya.
Artikel berkaitan: 5 Perkahwinan Selebriti Paling Mewah & Bersejarah