Anugerah Oscar kembali lagi untuk tahun ini dan sudah tentu EH! sangat teruja dengan stail dan fesyen yang digayakan oleh selebriti ke karpet merah ini.
1. Charlize Theron
Busana daripada Dior Haute Couture sangat flattering kepada susuk tubuh Charlize dengan detail seperti off shoulder dan belahan di kaki. STUNNING!
2. Penelope Cruz
Pelakon hebat ini menggayakan busana rekaan khas daripada Chanel daripada koleksi tahun 1995 Haute Couture Collection!
3. Saoirse Ronan
Ronan kelihatan memukau dan stand out daripada selebriti lain dengan dalam busana daripada rekaan khas Gucci ini. Ia pilihan yang agak berani but paid off!
4. Florence Pugh
Gaun daripada Louis Vuitton ini sangat fun, youthful dan vibrant. Ia sangat cocok dengan Florence yang masih muda!
5. Janelle Monáe
Antara look yang paling dramatik di karpet merah ini! Gaun daripada koleksi Ralph Lauren ini diperbuat daripada 168,000 kristal Swarovski.
Foto: Getty Images