Glitz, glamor dan seksinya bukan biasa-biasa!
Victoria’s Secret Fashion Show 2026 kembali mencuri perhatian dengan deretan supermodel, persalinan lingerie yang memukau serta sayap ikonik yang cukup dramatik.
Setiap langkah di pentas seolah-olah menjadi satu fashion moment tersendiri, apatah lagi apabila personaliti, karisma dan gaya berani para model menjadi taruhan.
5 momen ikonik dan seksi yang mencuri tumpuan di Victoria’s Secret Fashion Show 2026:

LOS ANGELES, CALIFORNIA – 18 OKTOBER: Bella Hadid berjalan di pentas peragaan Victoria’s Secret Fashion Show 2026 pada 18 Oktober 2026 di Los Angeles, California. (Foto oleh Frazer Harrison/Getty Images untuk Victoria’s Secret)
Bella Hadid membuka pentas dengan aura Supermodel!
Apabila berbicara tentang Victoria’s Secret, pastinya penampilan para model menjadi antara perkara yang paling dinantikan. Bella Hadid membuka pentas dengan karisma tersendiri, menetapkan mood glamor untuk pertunjukan yang penuh dengan kejutan ini.

Fantasy Bra kembali dengan nilai AS$50 juta!
Inilah antara momen paling sensasi tahun ini! Selepas tidak dipersembahkan sejak 2018, Fantasy Bra kembali mencuri perhatian dengan rekaan mewah yang dilaporkan bernilai AS$50 juta.
Dihiasi 4,410 berlian, termasuk berlian kuning Fancy Vivid Yellow seberat 75.54 karat, rekaan hasil kerjasama dengan Jacob & Co. Lebih mencuri perhatian, Kylie Jenner membuat penampilan sulungnya di pentas peragaan Victoria’s Secret dengan mengenakan rekaan istimewa tersebut.

Barbara Palvin kembali ke pentas hanya enam minggu selepas bersalin
Satu lagi momen yang mencuri perhatian ialah kepulangan Barbara Palvin ke pentas peragaan kira-kira enam minggu selepas melahirkan anak.
Penampilannya menjadi antara detik paling mengagumkan dalam pertunjukan tahun ini, bukan semata-mata kerana persalinan yang menawan, tetapi juga kerana perjalanan peribadinya sebagai seorang ibu baharu.

Elsa Hosk peraga Victoria’s Secret Angels paling besar
Tahun ini, Elsa Hosk mencuri perhatian dengan sayap terbesar dalam pertunjukan tersebut. Rekaannya yang berskala besar memberikan impak visual yang cukup memukau, memang sukar untuk mengalihkan pandangan!

Tate McRae membawa sentuhan Sultry ke pentas
Dengan gaya persembahan yang penuh tenaga dan koreografi memikat, Tate McRae menjadi antara bintang muzik yang menyerlah dalam pertunjukan tahun ini.
Penampilannya membawa nuansa pop moden yang lebih berani, seiring dengan suasana glamor dan sensual di pentas. Gabungan muzik, pergerakan dan persalinan menjadikan persembahannya terasa seperti sebuah pertunjukan fesyen tersendiri.
Baca: Barisan Selebriti di Pertunjukan Victoria’s Secret 2026
