Bagaikan trend di Hollywood, pasangan demi pasangan memilih untuk berpisah kebelakangan ini.
Terbaru adalah Kanye West dan Kim Kardashian yang kini dalam proses perbincangan akhir untuk bercerai setelah enam tahun mendirikan rumah tangga. Siapa lagi pasangan selebriti antarabangsa yang sudah pun membawa haluan masing-masing pada tahun 2021 ini? Lima pasangan berikut antara yang hangat diperkatakan.
Zoe Kravitz & Karl Glusman
Baru satu tahun setengah berumah tangga, bintang Big Little Lies ini menfailkan perceraian daripada suaminya pada 23 Disember lalu. Sehingga hari ini, belum ada sebarang kenyataan mengenai punca perpisahan mereka. Pasangan ini berkenalan pada Oktober 2016 dan berkahwin pada Jun 2019 di kediaman milik bapa Zoe, Lenny Kravitz di Paris.
Dove Cameron & Thomas Doherty
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram dan Twitter, Dove mengesahkan perpisahan mereka selepas hampir empat tahun bercinta. Tambahnya, ia merupakan satu keputusan yang sukar dan mereka masih menyayangi satu sama lain, namun nekad untuk kekal sebagai sahabat. Pasangan ini bertemu di set Descendants 2 pada hujung tahun 2016.
Olivia Wilde & Jason Sudeikis
Pengarah Booksmart dan bintang Ted Lasso ini mengakhiri perhubungan mereka pada November lalu. Olivia dan Jason bertunang pada 2013 selepas setahun bercinta dan kini memiliki dua anak bersama, Otis Alexander dan Daisy Josephine. Punca perpisahan mereka disebabkan pertengkaran mengenai perjalanan kerjaya Olivia yang dikatakan terlalu sibuk. Olivia kini dikatakan sedang asyik bercinta dengan bekas ahli One Direction, Harry Styles.
Kate Beckinsale & Goody Grace
Kate dan rapper dari Canada, Goody dilaporkan berpisah pada Oktober lalu. Menurut sumber, ia bukan perkara besar buat Kate namun dia teruja kerana dapat meluangkan masa dengan rapper ini ketika sekatan pergerakan. Khabar angin mengatakan punca perpisahan mereka adalah kerana “Goody terlalu muda dan ada keutamaan lain dalam hidup” dan “Kate faham mengenainya”.
Iggy Azalea & Playboi Carti
Selepas dua tahun bercinta, Iggy dan Playboi akhirnya membawa haluan masing-masing. Iggy memberi petunjuk mengenai perpisahan ini di Instagram Story pada 23 November lalu dengan mesej berbunyi, “You lost a real 1” dan “People take loyalty for granted & that’s why I’d rather be alone.” Dia kemudian memberi penjelasan dengan mengatakan bahawa dia akan membesarkan anaknya seorang diri dan kini berstatus bujang.
Foto: Stefanie Keenan
Baca: Usia Bukan Penghalang, Harris Alif & Intan Ladyana Naik Pelamin Bulan Hadapan