Mary-Kate & Ashley Olsen
Kedua-dua fesyenista ini merupakan pasangan kembar paling berjaya di Hollywood. Empayar Mary dan Ashley bermula sejak mereka masih bayi lagi menerusi siri Full House dari 1987 hingga 1995, berkongsi peranan sebagai Michelle Tanner.
Mereka kemudian membintangi beberapa filem antaranya It Takes Two (1995) dan New York Minute (2004), juga sitkom So Little Time (2001) dan siri animasi Mary-Kate And Ashley In Action (2001). Mary dan Ashley bersara daripada dunia lakonan pada 2004 untuk memberi fokus pada kerjaya fesyen.