Memang benar, antara cara terbaik bertemu jodoh adalah melalui rakan. Begitulah yang dilalui oleh lima pasangan selebriti ini.
Ada antara mereka yang tahu bahawa ia merupakan cinta pandang pertama, ada juga yang memerlukan sedikit masa untuk menyedarinya. Paling istimewa, mereka berjaya membawa ikatan cinta ini ke jinjang pelamin.
JUSTIN TIMBERLAKE & JESSICA BIEL
J & J mempunyai kenalan yang memperkenalkan mereka pada tahun 2007, di mana pada waktu itu Jessica baru sahaja berpisah dengan Chris Evan manakala Justin pula baru sahaja mengakhiri perhubungannya dengan Cameron Diaz.
“Tak ada apa yang menarik mengenai pertemuan kami, bukan seperti cara Hollywood. Kami berjumpa dan berbual. Kemudian saya bertanya pada rakan, bolehkah jika saya menghubungi Jessica dan mengajaknya keluar. Lalu dia bertanya pada Jessica dan dia bersetuju. Saya melakukannya dengan cara klasik iaitu melalui panggilan telefon,” jelas Justin.
PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE
Pasangan ini ditemukan oleh kenalan mereka (kemungkinan besar Violet von Westenholz, rakan zaman kanak-kanak Harry yang bekerja sebagai pegawai perhubungan awam untuk Ralph Lauren).
“Ia merupakan blind date,” ujar Meghan mengenai janji temu pertama mereka. “Saya tidak tahu banyak mengenai Harry jadi satu-satunya perkara yang saya tanya kepada rakan saya adalah, ‘Adakah dia baik?’”
EMILY BLUNT & JOHN KRASINSKI
Pasangan pelakon ini diperkenalkan oleh Anne Hathaway, gandingan Emily dalam filem Devil Wears Prada. Buat Krasinski, ia merupakan cinta pandang pertama.
“Waktu itu saya tidak mencari cinta. Namun bila bertentang mata dengannya, saya berasa gemuruh. Saya sudah terfikir, oh Tuhan, rasanya saya akan jatuh cinta dengannya. Dan bila kami berjabat tangan, dengan tidak semena-mena saya berkata, ‘Saya suka kamu,’” ujar Krasinski.
ANNE HATHAWAY & ADAM SCHULMAN
Diperkenalkan oleh seorang kenalan di Palm Springs Film Festival pada 2008, mereka mendirikan rumah tangga pada 2012 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata. Nampaknya pertemuan ini membuahkan hasil, walaupun dia pernah berjenaka bahawa dia mengahwini Schulman hanya kerana tidak berjaya memiliki Emily Blunt.
CHRIS HEMSWORTH & ELSA PATAKY
Pasangan Australia sama cantik sama padan ini berkenalan melalui jurulatih dialek mereka, yang sangat yakin bahawa mereka akan jatuh cinta. Tekaannya tepat, pasangan ini berkahwin pada 2010.
“Boleh dikatakan ia blind date,” jelas Elsa. “Kami tidak pernah bertemu sebelum ini. Jurulatih dialek kami sering bercerita mengenai Chris kepada saya begitu juga sebaliknya. Dia mendesak untuk kami berjumpa dan saya akhirnya bersetuju.”
Baca: Siapa Dalton Gomez Yang Berjaya Mencuri Hati Ariana Grande?