1. Salma Hayek & Francois Pinault (RM31.5 bilion)
Tangga teratas dalam senarai pasangan selebriti terkaya dunia menjadi milik aktres kelahiran Mexico dan dan mogul fesyen Perancis ini. Salma Hayek menjana pendapatan yang tinggi dalam bidang hiburan dan perniagaan. Dia juga menerbit dan mengarahkan beberapa filem menerusi syarikat produksi miliknya, Ventanarosa.
Selain itu bintang berusia 56 tahun ini juga merupakan pengasas bersama program penghantaran jus, Cooler Cleanse dan perkhidmatan penghantaran langganan kecantikan, Blend It Yourself. Dia juga pemilik jenama kosmetik Nuance by Salma Hayek.
Pada 2009, dia mendirikan rumah tangga dengan Francois Pinault, ketua pegawai eksekutif syarikat Kering – pemilik jenama seperti Saint Laurent, Alexander McQueen, Balenciaga dan Gucci serta presiden Groupe Artemis, sebuah syarikat induk dengan portfolio dalam fesyen, minuman keras, produk mewah, seni, pelancongan dan banyak lagi.