Transformasi luar biasa yang dilakukan barisan pelakon bukan hanya popular di Hollywood tetapi juga di Korea Selatan.
Ada kalanya apabila seseorang pelakon menerima tawaran watak dalam drama atau filem, mereka perlu menjalani transformasi untuk mencipta persona tepat bagi peranan yang dimainkan.
Ini termasuk perubahan asas dari segi gaya rambut atau pengorbanan lebih besar seperti menambah dan menurunkan berat badan yang mampu memberi kesan terhadap kesihatan.
Antara selebriti Hollywood yang sanggup melakukan transformasi fizikal drastik adalah Jared Leto, Christian Bale dan Matthew McConaughey. Kenali bintang Korea yang sanggup melakukan pengorbanan sama demi watak dalam drama.