Han So Hee (My Name)
Membuat kemunculan pertama menerusi peranan kecil dalam video muzik K-Pop pada 2016, Han So Hee sekelip mata menjadi bintang global melalui wataknya sebagai wanita simpanan Yeo Da Kyung dalam drama The World Of The Married.
Bakat lakonannya sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila menggalas peranan sebagai pegawai polis yang nekad membalas dendam atas kematian bapanya dalam siri Netflix, My Name.
Han So Hee dilaporkan melakukan lagak ngeri sendiri untuk sebahagian besar aksi dalam drama itu. Dia mempersiapkan diri dengan menambah 10 kilogram otot tubuh menerusi rutin senaman dan diet pemakanan yang ketat.