Yoo Seung Ho (Memorist)
Bintang berusia 29 tahun ini mencipta nama sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem bajet kecil The Way Home (2002) yang meraih kejayaan sebagai filem blokbuster.
Dalam siri Memorist, Yoo Seung Ho memegang peranan sebagai seorang ahli psikoanalisis bergelar detektif yang menggunakan keistimewaannya untuk menangkap penjenayah. Watak ini memerlukannya untuk menambah berat badan, malangnya ia mengundang kritikan peminat yang menuduhnya sengaja mengabaikan tubuh dan penampilan diri.