Lee Sung Kyung (Weightlifting Fairy Kim Bok Joo)
Memulakan kerjaya dalam industri hiburan sebagai model, Lee Sung Kyung kemudiannya menceburi bidang lakonan dengan penampilan sulung sebagai gadis bermasalah bernama Oh So Nyeo dalam siri It’s Okay, That’s Love.
Selepas melakonkan beberapa watak kecil, dia ditawarkan peranan utama dalam drama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (2016) di mana dia perlu menambah berat badan untuk menjayakan watak sebagai atlet angkat berat. Hasil usahanya, dia berjaya merangkul Excellence Award untuk kategori pelakon wanita dalam siri mini di MBC Drama Awards pada 2016.