Jodoh tidak panjang, itulah ungkapan yang sesuai buat selebriti Hollywood yang melangsungkan perkahwinan mereka kemudian bercerai dalam masa yang singkat.
Perkahwinan selebriti Hollywood adalah salah satu momen paling hangat dan paling diperkatakan dalam dunia hiburan. Dari saat pasangan itu bertemu hingga hari perkahwinan istimewa mereka, peminat suka mendengar tentang semuanya dari pemilihan tempat perkahwinan, pakaian perkahwinan mereka, destinasi bulan madu dan peraancangan untuk memulakan keluarga.
Biarpun dirancang gah dan termahal, sesetengah perkahwinan selebriti Hollywood tidak kekal lama dan mereka menjadi sebahagian daripada beberapa perkahwinan terpendek dalam sejarah Hollywood.
Semak 5 senarai perkahwinan selebriti Hollywood paling singkat dalam sejarah:
1. Sophia Bush dan Chad Michael Murray: 163 hari
Peminat One Tree Hill pasti berasa gembira apabila pasangan Bush dan Murray bercinta diluar set lokasi dan lebih menggembirakan apabila mereka mengikat tali pertunangan pada April 2005, lalu bertukar ikrar tulisan tangan di hadapan 200 tetamu di Santa Monica. Namun keterujaan mereka itu tidak lama, pasangan itu membuat keputusan untuk berpisah pada September pada tahun yang sama. Bush tidak bercakap tentang perkahwinannya sehingga bertahun-tahun kemudian, pada tahun 2014, “Kami adalah dua remaja yang terlalu bermimpi yang tidak mempunyai ilmu dalam hubungan matang.”
2. Kris Humphries dan Kim Kardashian: 72 hari
Tepat 72 hari selepas menyiarkan perkahwinan mewah mereka pada Ogos 2011 kepada berjuta-juta penonton di Kim’s Fairytale Wedding: A Kardashian Event, Kim K memfailkan perceraian kepada bintang NBAnya, dengan alasan perbezaan yang tidak dapat didamaikan. “Satu perkara yang sangat mengganggu saya ialah apabila orang mengatakan bahawa perkahwinan saya adalah palsu.”
3. Tracey Edmonds dan Eddie Murphy: 14 hari
Pada tahun baru 2008, Edmonds dan Murphy berkahwin dalam satu majlis romantis dengan pemandangan matahari terbenam di sebuah pulau persendirian di Polinesia Perancis. Tepat dua minggu kemudian, mereka kemudian mengumumkan perpisahan mereka. Walau bagaimanapun, perpisahan mereka dipanggil sebagai “majlis simbolik”—daripada memfailkan perceraian secara rasmi, Edmonds dan Murphy hanya perlu membatalkan rancangan mereka untuk undang-undang negeri kerana mereka masih dalam proses mendapatkan lesen perkahwinan di A.S.
4. Nicolas Cage dan Erika Koike: 4 hari
Tiada khabar, tiba-tiba sahaja Cage berpacaran dengan jurusolek Erika Koike, lalu mereka berkahwin dan serta-merta berpisah selepas empat hari rasmi sebagai suami isteri. Dikatakan, mereka telah mengikat tali pertunangan dalam satu majlis rahsia di Las Vegas pada Mac 2019, dan hanya selepas beberapa jam kemudian, mereka dilihat bertengkar secara terbuka lalu Cage memfailkan pembatalan perkahwinan.
5. Britney Spears dan Jason Alexander: 55 jam
Pasangan selebriti Hollywood yang pernah menjadi topik hangat ketika dahulu. Jason Allen Alexander dan Spears telah mengenali antara satu sama lain dari kampung halamannya di Kentwood, Louisiana. Pada awal pagi 3 Januari 2004, perkahwinan merpati sejoli itu diadakan di A Little White Wedding Chapel yang terkenal di Las Vegas. Kedua-duanya berpakaian seluar jeans biru, dan Brit dalam topi yang bersahaja. Hanya 55 jam kemudian, puteri pop itu membatalkan perkahwinan mereka.