Penceraian dan selebriti seperti tak dapat dipisahkan, kan? Setiap tahun ada saja berita penceraian selebriti yang kita akan dengar. Yang bercerai selepas dua hari pun ada ya! Check it out.
1. Britney Spears dan Jason Alexander: 55 Jam
Princess of pop ini telah berkahwin dengan kawan karibnya, Alexander ketika berparti di Las Vegas pada tahun 2004. Bagaimanapun, perkahwinan ini dibatalkan selepas 55 jam.
Foto: Instyle
2. Cher dan Gregg Allman: 9 Hari
Pada tahun 1975, Cher dan Gregg telah berkahwin di Vegas. Bagaimanapun, Cher memfailkan penceraian 9 hari selepas itu setelah dia dilaporkan telah mengetahui isu ketagihan dadah yang dialami Gregg.
Foto: The sun
3. Drew Barrymore dan Jeremy Thomas: 39 Hari
Pada tahun 1994, Drew yang berumur 19 tahun telah berkahwin dengan Thomas yang berumur 32 tahun yang baru dikenalinya selama enam minggu. Drew memfailkan penceraian 39 hari selepas itu.
Foto: Radar online
4. Kim Kardashian dan Kris Humphries: 72 Hari
Perkahwinan Kim dan Kris ini sangat popular dan kos perkahwinan mereka dilaporkan mencecah 10 juta dolar dan disiarkan secara eksklusif di E! “Kim’s Fairytale Wedding” pada tahun 2011.
5. Nicky Hilton dan Todd Andrew Meister: 85 Hari
Adik kepada Paris Hilton ini telah berkahwin dengan seorang usahawan pada Ogos 2004. Perkahwinan mereka berlangsung di Vegas dan telah dibatalakan pada bulan November pada tahun yang sama.