1. Johnny Menafikan Dakwaan Serangan Seksual
Satu kejutan besar muncul apabila Johnny memberitahu mahkamah yang dipenuhi hadirin bahawa dia tidak pernah sama sekali memukul bekas isterinya.
Bercakap selama tiga jam berturut-turut, pelakon itu berkata dia amat terkejut apabila Amber membuat dakwaan keji yang menuduhnya berkelakuan ganas semasa hubungan kelamin.
“Saya tidak pernah memukul Cik Heard dalam cara apa sekali pun, dan saya juga tidak pernah mencederakan mana-mana wanita dalam hidup saya.
“Saya berasa bertanggungjawab untuk mempertahankan diri dalam hal ini bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga demi membela anak-anak saya,” katanya.