3. Tingkah Laku Amber
Pembantu peribadi Amber, Kate James yang dipanggil sebagai saksi perbicaraan mendedahkan beberapa perkara mengejutkan.
Kate yang bekerja dengan pelakon itu dari tahun 2012 hingga 2015 berkata wajahnya pernah diludah apabila dia bertanya mengenai kenaikan gaji, malah Amber sering menjerit di telefon tanpa sebab tertentu.
Johnny turut mendedahkan tingkah laku bekas isterinya yang amat mengelirukan dan boleh berubah sekelip mata.
“Sangat pelik apabila pada satu saat anda berkelakuan seperti Cinderella, namun dalam 0.06 saat anda bertukar menjadi Quasimodo. Saya tidak sepatutnya dilayan sedemikian, begitu juga anak-anak saya dan orang lain yang mempercayai saya selama ini.”