Tahniah buat Miss Universe 2018, Catriona Gray dari Filipina. Ini sekaligus menjadikan kemenangan ke-4 buat negara Asia ini.
Miss Afrika Selatan, Tamaryn Green pula berada di tempat kedua dan Miss Venezuela, Sthefany Gutierrez mendapat tempat ketiga. Pertunjukan 2018 Miss Universe itu berlangsung di Bangkok, Thailand di mana hampir 100 orang wanita di seluruh dunia bersaing untuk merebut mahkota Miss Universe.
Steve Harvey kembali menjadi hos rancangan ditemani Ashley Graham, Carson Kressley dan Lu Sierra. Pertanding ratu cantik itu kemudiannya berlangsung sehingga pusingan terakhir yang mana tinggal lima orang wanita termasuklah Gray, Miss Vietnam iaitu H’Hen Nie, Miss Kanada Marta Magdalena Stepien, Miss Afrika Selatan Tamaryn Green dan Miss Venezuela iaitu Sthefany Gutierrez.
Bersempena dengan kemenangan Miss Filipina untuk mahkota Miss Universe 2018, EH! senaraikan lima perkara tentang Catriona Gray.