Life is not a fairy tale, begitu juga dengan kehidupan selebriti Hollywood ini. Walaupun mereka nampak bahagia di mata peminat, siapa sangka perhubungan mereka sebenarnya bermasalah. EH! menyorot lima perpisahan bintang Hollywood paling mengejutkan sepanjang 2019.
1. Liam Hemsworth dan Miley Cyrus
Setelah hampir 10 tahun bersama dan berkahwin selama lapan bulan, pasangan emas Hollywood ini memutuskan untuk berpisah dan menggemparkan pop culture. Peminat Miley dan Liam sangat terkejut dengan berita ini kerana mereka di lihat gembira saja bersama.
Foto: eonline.com
2.Khloe Kardashian dan Tristan Thompson
Perpisahan Khloe dan Tristan adalah yang paling menggemparkan Hollywood kerana Tristan dikatakan curang dengan teman baik Kylie Jenner dan Khloe sendiri, Jordyn Woods. Yucks!
Foto: people.com
3. Bradley Cooper dan Irina Shayk
Bradley dan Irina dilaporkan tak pernah berkahwin selama empat tahun mereka bersama. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Lea De Seine dan keluarga ini tidak suka menjadi tumpuan umum.
Foto: eonline.com
4. Lady Gaga dan Christian Carino
Setelah bersama hampir selama dua tahun dan telah bertunang, Gaga dan Christian mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dan perhubungan mereka awal tahun ini.
Foto: people.com
5. Kylie Jenner & Travis Scott
Sepanjang perhubungan mereka selama dua tahun, Kylie dan Scott dikurniakan seorang anak perempuan, Stormi Webster. Walaupun telah berpisah, Kylie dan Travis bersetuju untuk kekal berhubungan baik demi membesarkan anak mereka.
Foto: elle.com