Siri: Ginny & Georgia
Siri ini memberi fokus kepada perhubungan antara ibu dan anak, sama seperti Gilmore Girls yang popular lebih 20 tahun dulu. Si ibu hamil sewaktu masih remaja dan memiliki jiwa muda dengan tingkah laku yang seakan sama dengan anak daranya. Perhubungan mereka sangat rapat namun malangnya tidak ‘sekepala’.