Filem: Pieces Of A Woman
Pieces of a Woman antara filem yang pasti akan membuat anda mengalirkan air mata. Cukup menyedihkan, ia berkisar tentang seorang wanita yang tidak mampu menyelamatkan nyawa bayinya setelah melalui proses kelahiran yang gagal di rumah. Dia menolak perkhidmatan hospital dan memilih bantuan seorang bidan yang rupanya tidak mempunyai ilmu dan pengalaman. Dia kemudian mengambil tindakan undang-undang atas kehilangan anaknya namun kesudahannya, rumah tangga yang dibina juga turut terkorban.