Berdiri, bersuara dan hentikan buli!
Pasti ramai rasa geram, tegang, terkejut, tapi dalam masa yang sama tak boleh berhenti tengok drama Netflix yang sedang hangat ketika ini, “Teach You a Lesson”.
Penceritaan drama yang buatkan emosi bercampur-baur, kadang marah dengan situasi yang berlaku.

Drama ini bukan sekadar hiburan kosong, tapi juga buka mata tentang realiti yang jarang ditunjukkan secara terang-terangan dalam cerita sekolah.
Isu buli, ketidakadilan sistem dan cara “hukuman” dilaksanakan dalam jalan cerita buat penonton terus hooked dari episod pertama sampai akhir.
EH! compile 5 rancangan seperti “Teach You a Lesson”, yang harus masuk watchlist:

High School Return of a Gangster
Drama dibintangi oleh Yoon Chan-young, Bong Jae-hyun, Lee Seo-jin, Won Tae-min dan Ko Dong-ok., tentang seorang gangster berusia pertengahan yang secara tidak sengaja bertukar badan dengan seorang pelajar sekolah menengah yang sering dibuli selepas satu kemalangan.
Selepas kejadian itu, gangster tersebut mula hidup sebagai pelajar sekolah dan menggunakan pengalaman hidupnya sebagai gangster untuk melawan pembuli serta melindungi dirinya di sekolah. Dalam masa yang sama, dia juga cuba membantu pelajar tersebut menghadapi masalah hidup dan trauma akibat buli.

Juvenile Justice
Sebuah drama undang-undang Korea Selatan yang ditulis oleh Kim Min-seok dan ditayangkan di Netflix. Siri ini mengisahkan Shim Eun-seok, seorang hakim elit yang terkenal dengan sikap tegas dan tidak menyukai pesalah juvana.
Namun, hidupnya berubah apabila dia dilantik sebagai hakim di mahkamah juvana. Di sana, dia terpaksa mengetepikan pandangannya sendiri dan berdepan dengan pelbagai kes melibatkan remaja yang melakukan jenayah, sambil mencari maksud sebenar keadilan dalam sistem undang-undang.

Class of Lies
Drama thriller remaja Korea Selatan yang ditulis oleh Jang Hong-cheol, mengikuti cerita tentang Gi Moo-hyeok, seorang peguam terkenal yang menyamar sebagai guru gantian di sebuah sekolah elit untuk menyiasat kes pembunuhan seorang pelajar perempuan.
Semasa menyamar sebagai Gi Kang-jae, dia mula membongkar rahsia gelap di sekolah tersebut yang melibatkan pelajar dan pihak sekolah.

Revenge of Others
Ceritanya mengisahkan Ok Chan-mi, seorang juara menembak remaja yang tidak percaya abangnya membunuh diri. Dia berpindah ke sekolah abangnya untuk mencari kebenaran di sebalik kematian tersebut.
Di sana, dia bertemu seorang pelajar lelaki yang juga mahu menuntut keadilan, tetapi cara dia bertindak agak berbahaya.

Weak Hero
Weak Hero mengisahkan Yeon Si-eun, pelajar pintar tetapi lemah fizikal yang sering menjadi mangsa buli di sekolah. Namun, dia tidak mudah kalah, dia menggunakan kecerdasan dan strategi untuk melawan pembuli.
Dalam perjalanan itu, dia berkawan dengan Su-ho dan Beom-seok, tetapi persahabatan mereka diuji dengan keganasan, tekanan dan pengkhianatan.
