Daripada dipertikai hingga menjadi kegilaan ramai, artis-artis ini berjaya mengubah persepsi peminat menerusi rebranding. Sometimes, satu perubahan adalah apa yang diperlukan untuk mengubah kerjaya.
Dalam dunia pop, satu album sahaja tidak cukup untuk menjamin populariti yang berkekalan. Artis perlu mengambil risiko, meninggalkan imej lama dan memperkenalkan sisi baharu yang tidak pernah dijangka peminat.
Sama ada melalui perubahan genre muzik, penampilan mahupun persona yang lebih matang, rebrand yang dilakukan berjaya mengubah hala tuju kerjaya mereka. Malah, ada yang kembali lebih dominan dalam industri hiburan hari ini.
Zara Larsson

Daripada meme hingga ke rebrand, penyanyi Zara Larsson memanfaatkan fenomena viral “dolphin meme” yang menggunakan lagu Symphony dan mengubahnya menjadi estetika baharu, nostalgia Y2K dan vibe summer. Rebrand ini bukan sahaja menghidupkan semula lagu-lagu lamanya, malah membantu memperkenalkan era Midnight Sun kepada generasi pendengar yang baharu.
Tate McRae

Tate McRae pernah dikenali dengan lagu-lagu heartbreak yang mendominasi TikTok. Namun, Tate berjaya mengubah persepsi ramai apabila tampil dengan imej yang lebih bold menerusi hit seperti Greedy.
Daripada sekadar berdiri semasa menyanyi, Tate kini menjadikan tarian sebagai elemen utama dalam setiap persembahannya. Rebrand ini bukan sahaja menyerlahkan kekuatan sebenar dirinya, malah mengangkat namanya sebagai antara pop girl paling hangat ketika ini.
Sabrina Carpenter

Pernah dikenali sebagai bintang Disney menerusi siri Girl Meets World, Sabrina Carpenter mengambil masa bertahun-tahun untuk membina identitinya sebagai artis pop. Era Short n’ Sweet memperlihatkan sisi dirinya yang lebih playful, witty dan penuh keyakinan.
Dengan hit seperti Espresso dan Please Please Please, Sabrina berjaya keluar daripada bayangan imej Disney dan muncul sebagai antara pop star paling hangat ketika ini.
Conan Gray

Daripada estetika bedroom pop kepada dunia yang dipenuhi elemen retro, Americana dan sentuhan 90-an, Conan berjaya membina identiti yang lebih jelas sebagai seorang pop star. Rebrand ini memperlihatkan sisi dirinya yang lebih terbuka.
Conan Gray mula dikenali menerusi video YouTube dan lagu-lagu indie pop yang dekat dengan pengalaman remaja. Namun, menerusi era Found Heaven dan Wishbone, dia tampil dengan imej yang jauh lebih berani, matang dan fashion-forward.
Charli XCX

Tidak ramai artis yang mampu membuatkan satu warna menjadi trend global. Namun itulah yang dilakukan Charli XCX apabila dia melancarkan era Brat dengan visual hijau neon yang kini menjadi antara identiti pop culture paling dikenali.
Apa yang bermula sebagai konsep album akhirnya berkembang menjadi satu fenomena internet. Dalam sekelip mata, semua orang bercakap tentang Brat, berpakaian seperti Brat dan mahu menjadi Brat.
Baca: Kolaborasi Mengejutkan! Taylor Swift Sertai Dunia ‘Toy Story 5’
