Ashton Kutcher
Dilahirkan di Midwest, Ashton mula menceburi bidang seni sebagai model sebelum melangkah ke dunia Hollywood dan menjadi pelakon. Pasangan kembarnya, Michael menolak bidang glamor dan memilih kerjaya sebagai usahawan dan penceramah.
Dia merupakan penasihat dan jurucakap untuk Yayasan Cerebral Palsy, penyakit kekal yang turut dihidapinya sejak berusia tiga tahun. Pada usia 13 tahun, dia hampir meninggal dunia akibat serangan jantung. Namun dia bernasib baik kerana berjaya menjalani pemindahan jantung.